ASSALAMUALAIKUM........
SAYA MEMBUAT BLOG KAFAI AL ISTIQAMAH INI UNTUK MEMBERIKAN SEGALA
MAKLUMAT KEPADA PELAJAR KAFAI ALISTIQAMAH.
Kafa Integrasi Al- Istiqamah sebuah Sekolah Agama Kafa yang didirikan di dalam kawasan Surau Al-Istiqamah sejak 12 tahun yang lalu yang dikendalikan oleh AJK Surau Al-Istiqamah. Kawasan surau dan Sekolah ini berada di tengah-tengah kawasan rumah pangsa seksyen 16. Bangunan lamanya yang agak kurang selesa di tepi surau sebelah belakang telah digunakan sejak 10 tahun dan sejak 2 tahun yang lalu Sekolah ini mendapat bangunan dua tingkat yang lebih selesa terletak di bahagian kanan surau Al-Istiqamah. Kos bagi membina Sekolah ini ialah RM450,000 dari peruntukan JAIS dan telah mulai digunakan awal tahun 2009.
Kini pada pagi ini Adun Bangi selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu merasmikan bangunan ini.

Bagi Kafa Integrasi Istiqamah, Majlis pada hari ini yang bertemakan `Berilmu Dan Beramanah Pemangkin Ummah` merupakan Satu dalam Tiga. Di samping Perasmian Bangunan pada hari ini juga dijalankan Majlis Khatam Al-Qur`an dan Hari Kecemerlanagn Pelajar. Sekolah ini kini mempunyai seramai 360 pelajar dengan 15 orang guru. Dari segi pencapaian akademik pada tahun 2010 kelulusan 83% dan pada tahun 2011 ini meningkat kepada 85.5%. Peperiksaan Sijil Kafa baru-baru ini menunjukkan:
Mumtaz 2
Jayyid Jiddan 14
Jayyid 14
Maqbul 07
Rasib 08
Pada Majlis Penutup Ketua Guru Ustazah Faturah bt. Mohd Naain melaporkan pencapaian pelajar dalam pelajaran, manakala saudara Harun Arashid bin Yahaya melaporkan tentang kemajuan dan kegiatan serta keperluan Sekolah.. Adun Bangi menyatakan sukacita dapat bersama dalam majlis yang diadakan. Beliau bergembira kemajuan Sekolah yang makin meningkat dan akan mempertimbangkan keperluan-keperluan Sekolah. Hadiah-hadiah bagi pelajar cemerlang disampaikan oleh Adun.
Mumtaz 2
Jayyid Jiddan 14
Jayyid 14
Maqbul 07
Rasib 08
No comments:
Post a Comment